}

*~berdakwahlah menegakkan kalimah suci walau hanya dengan menulis - adakalanya penulisan itu lebih tajam dari mata pedang."*~

Thursday, June 29, 2006

.: Bazaria Sri Selatan :.

Salam buat semua, maaf kerana sudah lama menyepi.

Hari ini (dino iki,dalam bahasa ibunda saya), hari terakhir bagi Bazaria Sri Selatan untuk tahun ini. Program yang dianjurkan saban tahun oleh persatuan pelajar johor di perlembahan Nil ini dijalankan sejak 26 Jun lalu bakal berakhir jam 1130 malam ini (waktu mesir). Matlamat yang sama sebagaimana tahun-tahun yang berlalu,cuma kali ini dijalankan dalam musim panas yang membahang tidak di musim sejuk sebagaimana biasa (masa inilah ABC menjadi "kegilaan" utama.Hampir terlupa, selain masakan versi kampung turut ada juga dijual kuih-muih dan tidak ketinggalan pakaian dan buku terpakai.

Anyway,bagi diri ini yang jika dihitung dengan keberadaan di sini, ini merupakan satu pengalaman baru. Mana tidaknya, masa inilah kita nak lepaskan kerinduan dengan masakan mak di malaysia (mak, along rindukan masakan mak). Masa ini juga kita dapat lihat kemahiran memasak di kalangan pelajar Al-Azhar. Siapa kata pelajar Al-Azhar tidak pandai masak ,sampai menjilat jari lagi. Masa ini juga kita dapat jumpa sahabat-sahabat yang kita tidak pernah jumpa dan kenal sebelumnya.Pengunjung yang hadir bukan setakat warga negara Malaysia malahan turut menarik kehadiran dari Singapura,Indonesia dan Brunei. Pada hemah sayalah,cara masakan negeri Johor ini sedap dan memenuhi selera semua negara berjiran dan serumpun dengan Malaysia.

Namun, satu perkara yang saya cukup tertarik dengan Bazar ini ialah nilai UKHUWWAH. Saya rasa apa yang dikatakan rasa bersama,tolong menolong dan saya pasti setiap sahabat yang ikhlas dengan kerja yang diamanahkan atau yang dikerjakan dengan sukarela pasti terasa nilai ini. Rugi bagi mereka yang hanya duduk menyepi di rumah. Mana tidaknya, kebanyakan muhafazah sudah tamat imtihan, kenapa tidak mengambil peluang daripada program sekali sepenggal ini untuk rapatkan ukhuwwah yang mula terlerai atau membina satu ukhuwwah yang baru? Di mana realistiknya tarbiyyah ukhuwwah yang kita telah diajar dan pelajari?

Terima kasih kepada sahabat-sahabat, kerana 'meminjamkan' kepada saya nilai ukhuwwah sebegini. Penat memang penat,mula berniaga seawal 8 pagi hingga 1130 malam (waktu mesir) selama 4 hari. sesiapapun penat. Tetapi apabila kita ikhlaskan niat pasti ada hasil yang baik kita akan dapat,ataupun sekurang-kurangnya kita boleh rasa keseronokan bekerja bersama.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

.