.: Apa Tindakan Kita??? :.
Sisipan 1 :
Utusan Malaysia,29 Jun 2006
Luar Negara
Israel lancar serangan
BANDAR GAZA 28 Jun - Israel mengerahkan askar dan kereta kebal menceroboh masuk ke Genting Gaza sebelum subuh hari ini dan melancarkan serangan udara ke atas beberapa kedudukan utama dalam operasi besar-besaran untuk membebaskan seorang askarnya yang ditawan oleh pejuang Palestin.
Hampir seluruh Genting Gaza kegelapan selepas pesawat perang Israel membedil sebuah stesen jana kuasa dan sekurang-kurangnya dua jambatan dalam beberapa serangan waktu malam yang bertujuan untuk menghalang pergerakan pejuang di wilayah itu.
Api dari stesen jana kuasa itu menerangi langit malam dan bunyi tembakan serta bedilan dari helikopter penggempur boleh kedengaran semasa anggota tentera darat memasuki Gaza di mana askar berkenaan, Gilad Shalit dipercayai ditahan.
“Kami menggunakan segala bala tentera yang ada melalui udara dan darat untuk membawanya pulang,” kata jurucakap tentera, Noa Meir.
Operasi itu merupakan serangan darat pertama terhadap Gaza sejak Israel mengundurkan askar dan pendatang Yahudi dari wilayah miskin tepi pantai itu pada tahun lepas dalam satu tindakan yang kontroversi bagi menamatkan pendudukan selama 38 tahun.
Belum ada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini dalam pencerobohan yang menyusuli rundingan intensif untuk membebaskan Shalit.
Sementara itu, penduduk Palestin yang ketakutan melarikan diri dari kawasan sempadan di Genting Gaza hari ini selepas bala tentera Israel mencerobohi wilayah itu.
Wanita dan kanak-kanak kecil kelihatan muram dan enggan bersuara ketika mereka mencari perlindungan bersama-sama ahli keluarga lain dan sahabat handai.
Pengarah hospital Rafah, Ali Mussa pula berkata, pasukan doktor, jururawat dan jurutekniknya sudah bersiap sedia untuk menerima penduduk yang mungkin cedera dalam serangan Israel itu.
– Agensi
Sisipan 2:

Melampau.. Jika anda sangka model di atas memakai baju sebagai tanda sokongan terhadap pasukannya di Kejohanan Bolasepak Piala Dunia itu adalah tidak benar. Keangungan dua negara islam diperlekehkan dengan mengecat warna bendera (Tunisia & Arab Saudi) di atas badan kedua-dua model tesebut tanpa 'seurat benang' apatah lagi kalimah لالهالا الله مهمدراسول ال pada bendera Arab Saudi. Gambar ini diperolehi oleh seorang pembaca Harakahdaily ketika beliau memasuki sebuah forum baru-baru ini. Foto - Muhammad
Coretan penulis :
Anda semua perasan atau tidak,apa sebenarnya yang saya cuba sampaikan? Apa sebenarnya hubungkait antara sisipan 1 dan 2?
Seorang sahabat pernah berkata kepada saya, ketika itu demam Piala Dunia belum melanda seluruh dunia. Katanya ," Tunggu jerlah, masa Piala Dunia inilah kita akan lihat Israel menyerang Hamas dan Palestin secara besar-besaran, dalam keadaan umat Islam dan negara Islam dilekakan dengan sebiji bola dan 'lakonan' pemain bola di atas padang.Waktu itu tidak ada siapa yang akan hiraukan Palestin ".
Ada benarnya apa yang dikatakan. Mana tidaknya masa inilah kaki-kaki bola juga yang bukan kaki bola akan sibuk dengan pasukan pilihan masing-masing.Kegilaan terhadap pasukan pilihan mereka itu boleh dikatakan terlampau sehingga tahap bergaduh jika pasukan pilihan mereka di keji dan dikutuk. Dalam masa yang sama ada juga di kalangan mereka mengenepikan soal sensitiviti tanpa mengenal musuh dan kawan (ini berlaku apabila menyokong pasukan atau negara yang hakikatnya memusuhi Islam). Itu belum kira dari soal pakaian, silap haribulan pakaian yang dikenakan mengandungi lambang yang tak sepatutnya seperti salib atau nama-nama Allah. Jika berlaku samalah mereka dengan pelajar sekolah menengah yang dikesan memakai rantai salib satu masa dahulu. Dan mungkin lebih teruk.
Bukan niat saya menghentam mana-mana pihak, sebabnya saya juga peminat bola. Tetapi tidaklah melampau. Kita renung sejenak sisipan 1 yang saya paparkan. Ianya sudah berlaku, apa tindakan umat Islam terhadap serangan ini? mampukah kita membantu mereka dalam keadaan kita dan umat Islam lain dilekakan? Jika terfikir logik serangan ini,memang tidak wajar ianya berlaku. Puncanya apabila seorang penceroboh yang juga seorang askar berjawatan Israel ditangkap oleh kerajaan Hamas. Banyak cara lain boleh dibuat,namun jika kita sedar memang Israel begitu dan mereka juga menunggu peluang untuk menghapuskan Palestin, Kini saat itu semakin hampir.Mampukah Palestin bersendirian mempertahankan negara mereka tanpa kelengkapan peperangan yang cukup? Sedangkan musuh mereka punya kelengkapan yang canggih dan hebat.
Renungkan juga sisipan 2, bagaimana Barat atau musuh Islam menghina Islam sekali lagi. Belum kering luka penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W, satu penghinaan lagi muncul. Memang Barat, Yahudi dan Israel merancang apa yang berlaku dan akan berlaku.Satu penghinaan yang sepatutnya tidak boleh diterima dan ditentang. Mereka mengambil kesempatan disebalik kelekaan umat Islam terhadap Piala Dunia.Dimana sensiviti umat Islam terhadap perkara ini?
Sekadar renungan dan tindakan bersama,Jangan biarkan Islam dijajah dan dihina.......