}

*~berdakwahlah menegakkan kalimah suci walau hanya dengan menulis - adakalanya penulisan itu lebih tajam dari mata pedang."*~

Monday, March 06, 2006

Siri Musuh Islam: Islam Liberal (1)

Assalamualaikum. wbt.

27 Februari yang lalu, ana berkesempatan menghadiri satu pembentangan kertas kerja di sini yang bertajuk "Islam Liberal : Bahaya dan Implikasinya". Sepanjang pembentangan itu,hati ini merasa puas atas isi penyampaian sambil jauh dilubuk hati hasilnya perlu dikongsi bersama dengan sahabat-sahabat semua.Lewat keberadaan di Malaysia dahulu, ana pernah terbaca catatan jua artikel berkaitan fahaman ini, namun penyampaian secara lisan ini lebih baik lantaran peserta boleh mengajukan soalan berkaitan tajuk pembentangan.
Islam Liberal, satu bahana baru untuk umat Islam yang baru ingin mengenal agama ini. Malahan tidak keterlaluan jika ana mengatakan, mereka yang sudah lama Islam dan graduan 'Islamic Studies' juga boleh terjebak dalam menganut fahaman ini. Jika di sana ada ketidakpuashatian dan sikap mengambil ajaran Islam tidak secara total. Seperti yang dilontarkan oleh pembentang, fahaman ini sudah menguasai hampir sebahagian besar Indonesia.Untuk peringatan juga, ada dikalangan graduan timur tengah yang menjadi tulang belakang gerakan ini di sana.
Sahabat sekelian,
Islam Liberal ini bukan sebuah organisasi kemasyarakatan,bukan juga sebuah parti politik. Ianya bergerak melalui konsep jaringan, dan kerana itu jua ia di kenali sebagai Jaringan Islam Liberal (JIL).Menurut sumber dari laman web islam liberal sendiri, dengan cara jaringan inilah gagasan ini mampu disebarkan seluas-luasnya kepada masyarakat. JIL adalah wadah yang longgar untuk individu-individu yang memiliki aspirasi dan kepedulian terhadap gagasan ini.
Sebelum ana menulis lebih jauh, suka di sini ana memberi tafsiran, kenapa gagasan ini dinamakan Islam Liberal (ini bukan tafsiran peribadi tetapi dari sumber milik JIL sendiri).
Nama 'Islam liberal' menggambarkan prinsip-prinsip yang mereka anuti, iaitu Islam yang menekankan kebebasan individu (boleh diklafikasikan seperti kebebasan bersuara,kebebasan menulis) dan pembebasan dari struktur sosio-politik yang menindas. 'Liberal' di sini memberi dua makna :kebebasan dan pembebasan. Mereka percaya bahawa Islam kebiasaannya diberi kata sifat, kerana pada kenyataannya Islam ditafsirkan dengan penafsiran yang pelbagai berdasarkan kefahaman penafsirnya.Mereka mengatakan, lantaran itulah mereka memilih tafsiran Liberal kepada gagasan mereka ini.
Sahabat seiman sekelian,
Sebagaimana yang ana sebutkan diawal tadi, gagasan atau gerakan liberasasi terhadap pemikiran Islam ibarat api yang sedang marak akhir-akhir ini. Tidak keterlaluan jika ana katakan seperti yang disebut oleh pembentang kertas kerja ini, di Jakarta juga Indonesia sebahagian besarnya telah dijajahi oleh gerakan ini melalui JIL.Sebenarnya gerakan ini merupakan unsur luaran yang semakin menular ke dalam tradisi pemikiran Islam sendiri. Gerakan ini berakar dari trend pemikiran liberal di Barat dan tradisi agama Kristian.
Jika diamati secara mendalam,semuanya ini tidak lain hanya sebagai alat untuk mencapai tujuan politik iaitu Kebebasan atau Liberal adunan Barat.
Sekitar tahun 80-an, lalu muncul para pencetus pergerakan Islam Liberal antaranya seperti Leonard Binder.Sarjana Barat berketurunan Yahudi ini telah memerincikan agenda-agenda penting Islam Liberal dalam bukunya yang berjudul Islamic Liberalism A Critique of Development Ideologies. Bahkan 6 landasan JIL yang bakal ana perincikan kemudian, telah digariskan oleh Greg Barton sebagai dasar dakyah mereka.
# Menerusi JIL, bagi menyembunyikan hasrat sebenar, mereka menggunakan pelbagai istilah lain bagi mengaburi juga menarik minat penganut Islam.Untuk mengetahuinya, cuba sahabat-sahabat teliti ciri-ciri yang bakal ana tuliskan pada ruangan akan datang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

.