.: Nahnu Fidaaka Ya Rasulullah :.
Assalamualaikum semua..
Rasanya dah lama ana tak menulis di blog ini. Biasalah insan ini terkadang punya masa tetapi banyak perkara yang perlu di fikir dan dilakukan. Bak kat mujahid dakwah,as-syahid Hasan AlBanna, Daie ini mempunyai tanggungjawab lebih dari masa.Lebih-lebih lagi orang yang mengaji agama ini, setiap masa perlu diarahkan kepada tujuan yang satu,semata-mata untuk Islam.
Semalam 3 hb Mac, hari yang mempunyai makna yang besar untuk sekelian umat Islam. Dunia melihat hari itu sebagai hari tanda protes terhadap penghinaan keras Barat terhadap Islam.Walaupun hakikatnya kasih kita kepada Baginda sepanjang hayat,namun penamaan tarikh itu pada pandangan ana sebagai tanda kesatuan umat seluruhnya.
Masih basah luka dihati ana terhadap penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W (selawat ke atas baginda) yang dilakukan oleh tangan-tangan kartunis Denmark.
Masih segar di ingatan betapa angkuh kerajaan Denmark yang masih enggan memohon maaf atas perbuatan mereka, mempertahankan apa yang mereka gelar sebagai hak dan kebebasan.'Musy ma'ul' kata orang arab di sini(tak masuk akal). Ana melihat dari satu sisi, bahawa semua agama sudah maklum bahawa penghinaan terhadap kesucian satu-satu agama adalah dilarang,namun dari sisi lain, ana melihat tindakan Denmark ini seperti mencurah minyak tanah ke atas api yang sedang marak. Ana juga melihat tindakan ini bukan dari Denmark sahaja,malahan ia dalah rentetan dari usaha-usaha Barat sebelum ini.Bukan sekadar kepada Rasulullah S.A.W penghinaan ini semata, malah sebenarnya penghinaan ini ditujukan kepada seluruh umat yang beragama Islam. Setelah pembunuhan,rompakan juga beberapa siri keganasan di Palestin, Iraq, Afghanistan dan Ambon, mereka masih tidak merasa puas. Hasilnya mereka bertindak lebih dari itu, menghina nabi umat Islam seperti yang kita sama saksikan kini..
Semalam juga kita melihat,umat Islam diseluruh dunia bersatu menyatakan protes terhadap penghinaan-penghinaan kepada Rasulullah. Dalam masa yang sama ada juga yang menjadikan pena sebagai tanda sokongan. Impaknya cukup besar. Denmark dan Barat gerun dengan situasi ini. Sehingga ada dikalangan negara tersebut terpaksa merayu dihentikan pemboikotan terhadap barangan mereka.
Namun sahabat, di mana kita. Masih terlena....
Ana teringat satu kata kata daripada Rasulullah SAW yang menyebutkan "Tidak Beriman seorang mukmin itu sehinggalah ia mengasihi diriku lebih daripada dia mencintai anak2nya, hartanya dan seluruh manusia kesemuanya."
Ana teringat kisah Talhah Bin Ubaidillah, teringat pengorbanan Ziad Bin Sakan, Abu Dajanah, dan Ummu Nusaibah Binti Kaab disaat mereka menjadi perisai manusia yang gugur syahid hanya mempertahankan Rasulullah SAW disaat kegentingan Peristiwa Uhud di syawal tahun 3 Hijrah yang mashyur itu. Disaat mereka yang lemah imannya semua lari meninggalkan Rasulullah SAW dalam keadaaan terbuka menerima hujanan anak panah musuh di atas bukit, mereka ini tidak teragak agak menjadikan diri mereka korban.
Juga ana teringat bagaimana 'Ammarah Bin Ziad Al Sakan yang gugur syahid di atas pangkuan kaki Rasulullah SAW yang mulia itu. Mereka ini tahu, andai Rasulullah SAW mati dalam peperangan itu, Islam akan hancur kerana baru sahaja bertapak di bumi Madinah. Mereka lebih pentingkan Rasulullah berbanding nyawa mereka.Rupanya mereka lebih kasih kepada Rasulullah SAW berbanding diri kita. Mereka lebih ikhlas dan membuktikannya secara praktikal bahawa mereka sanggup mati untuk mempertahankan jasad Rasulullah.
Kita? tidak mungkin hingga ke tahap itu. Iman dan aqidah mereka jauh lebih mantap jika dibandingkan dengan diri kita.
Kita tidak ada peluang untuk mempertahankan jasad Rasulullah SAW yang kita cintai tetapi kita berpeluang bersama seluruh ummat Islam yang dipimpin oleh jamaah Islam untuk mempertahankan maruah Rasulullah SAW yang dihina oleh musuh2 Allah itu. Mungkin tindakan kita itu tidak sehebat tindakan para sahabat Rasulullah SAW itu. Dan ana yakin dengan kata2 Rasulullah SAW "Beruntunglah sesiapa yang mengasihiku disaat dia tidak dapat melihat jasadku dan hidup bersama sama denganku"
Kita mesti MEMPERTAHANKAN RASULULLAH SAW!!!!
Jadi bagaimana? ...Ayuh teman,kita bangkit atas nama Islam,mempertahankan baginda dan Islam. Kita perangi mereka dengan kelemahan utama mereka iaitu kebendaan,kerana asas kemajuan Barat adalah material. Kita ajar mereka yang berani menghina kita. Bak kata seorang sahabat jika seluruh umat Islam meludah ke bumi Denmark nescaya akan banjir bumi itu.Namun bukan itu tujuan kita.
Jangan tunggu lagi untuk kita memboikot barangan mereka. Lakukannya sekarang.Tanya diri kita, sanggupkah kita menghirup darah baginda? sanggupkah kita memakan daging baginda? Jika kita sayangkan Rasulullah S.A.W juga mengharapkan titisan Al-Kauthar dari tangan lembut Rasulullah S.A.W,mari bersama menyahut anjuran boikot ini.
#penulis bersama umat Islam yang sensitif terhadap penghinaan ini.
lihat barangan barat dalam :http://www.pmram.org/inpage/boycott/index.htm

0 Comments:
Post a Comment
<< Home