}

*~berdakwahlah menegakkan kalimah suci walau hanya dengan menulis - adakalanya penulisan itu lebih tajam dari mata pedang."*~

Sunday, March 26, 2006

.: Rahsia Pemakanan Genius Islam :.


Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan-penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :
1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!
2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
CARA MAKAN : i)Menghadap Kiblat ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali) iii)Baca doa penerang hati iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang. v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
CARA MINUM : i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w.
4) TELUR Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli-ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis-manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.
6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau-limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.
7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."
8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak-kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.
9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.
10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.
11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.
12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.
13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.
14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.
15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.
16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar) D
itumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.
17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.
18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.
19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.
20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.
21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.
22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Monday, March 13, 2006

: Ingatan untuk Melayu dan Islam :

Rencana di bawah adalah diterbitkan oleh sebuah majalah diLondon, penuntut Melayu yang ada di sana perlu dan bertanggungjawab untuk disebarkan ke tanah air.Rencana tersebut telah di alihbahasakan ke dalam Bahasa Melayu seperti ternyata di atas.Setelah saudara/saudari meneliti akan hakikatnya,ana meminta saudara/saudari merenung sejenak jauh ke hadapan akan nasib bangsa kita.Tidak mustahil dalam jangka masa dua penggal pilihanraya akan datang, segala hasrat dan cita-cita tersebut akan dapat dibuktikan kepada kita semua.
Memandangkan kepada jumlah pengundi di Malaysia sekarang ini seramai 7 juta itu,hampir-hampir separuh darinya terdiri dari bangsa Cina.Kita sebagai anak pribumi Malaysia Jati,wajiblah menginsafi dan bertindak cepat sebelum nasi menjadi bubur.Sedarlah,insaflah,bangunlah bersatu,pada menjalani kesedaran pertaruhan ini.
Janganlah diabaikan.Ingatlah kebangkitan kamu di hari ini walaupun kecil akan dapat menghindarkan kehancuran agama,bangsa dan tanah airmu BUMI MALAYSIA.Jangan biarkan generasimu dan anak buahmu di hari kemudian menangis tersedu sendirian.Jangan biarkan ayam mati kelaparan di kepuk sendiri dan itik kehausan di kolam sendiri. Nenek,ibumu dan bapamu yang telah lewat itu tidak mungkin boleh dijaga atau disedarkan lagi.Hanya kamu golongan yang bersemangat waja ini saja yang boleh memainkan peranan ini. Panjangkan salam kesedaran ini kepada saudara-maramu yang lain demi bagi melindungi maruah bangsamu.
"BANGUN MELAYU, ISLAM DAN PERTIWI".Bangkitlah dari sekarang sebelum terlambat..........
# Harap edarkan kepada rakan-rakan sebangsamu...Rencana ini adalah diterbitkan oleh sebuah majalah di London.Harap artikel ini tidak disalah tafsir sebagai pencetus perbalahan atau asas provakasi merosak perpaduan. Buatlah penilaian sebelum membuat keputusan dan telahan.

TAJUK: 'BERSATULAH KAUM CINA'

Kita semua kaum Cina di mana sahaja kita berada mestilah berbangga dengan bangsa kita, samada Cina Amerika,Cina Singapura,Cina,Taiwan dan Cina Malaysia.Kita mestilah mengekalkan identiti kita.Di Malaysia, kita mesti memberitahu anak-anak kita dan mengajar cara-cara mereka perjalanan halus.
Setakat ini oleh kerana kedudukan kita,kita tiada pilihan untuk memilih kerajaan yang majoritinya dikuasai oleh orang Melayu.Tetapi kita sedar dibidang perniagaan dan perindustrian,orang Melayu tidak ada melainkan mengekalkan bangsa kita (Cina) sebagai unsur utama meninggikan ekonomi Malaysia dengan meletakkan keutamaan Bahasa Manderin atau Kantonis di dalam akhbar tempatan sebagai syarat penerimaan atau syarat kelayakan perlu.Maka orang-orang Melayu tentunya terpinggir dari bidang pekerjaan tersebut.
Begitu juga kalau terpaksa kita ambil orang melayu kerja,kita pilih yang wanita melayu untuk cukupkan Kouta dan jangan ambil Lelaki Melayu kerana lelaki ini bersifat memimpin dan ada wawasan tinggi lebih bersemangat kental dan berani tanya itu dan ini, kalau wanita melayu mereka agak lemah dan banyak menurut saje arahan kita.Jadi kita mengambil kesempatan ini atas kedudukan kita dan meminta hak-hak politik.
Orang-orang kita yang bergiat di bidang pelajaran hendaklah pastikan bahawa generasi yang akan datang tidak akan diajar segala pengorbanan orang Melayu,terutama sekali dalam pelajaran sejarah,Ilmu alam dan lain-lain mata pelajaran,baikpun di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah.Kita wujudkan dan hebohkan tentang maksiat dikalangan pelajar melayu agar kerajaan sekarang hentikan bantuan pada pelajar melayu dan juga pelajar kampung.Kita mesti mengajar anak-anak dan anak orang Melayu supaya mempunyai pendirian bahawa kejayaan itu bergantung semata-mata atas kebolehan.
Untuk tujuan ini kerajaan Singapura yang kita harus banggakan kerana telah berjaya memecah-belahkan orang-orang Melayu dengan cara membahagikan mereka kepada banyak puak seperti Banjar,Acheh,Bugis,Mandaling,Boyan dan lain-lain.Dari kesannya jiwa rancangan ini,orang Melayu yang dulunya merupakan 69% daripada penduduk Singapura,sekarang hanya tinggal 10% sahaja.Sekarang mereka tiada pilihan melainkan memuji kerajaan Singapura kerana memberi mereka satu kestabilan,keadilan dan harapan untuk masa depan iaitu mana-mana bentuk yang kerajaan suka dan fikirkan,pasti mereka terima,sebabnya orang Melayu di sana tiada mempunyai suara lagi dan mereka akan tetap menemui kegagalan.
Sebagai orang Cina tulin,saya juga berbangga dengan cara yang dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang untuk memecah belahkan orang-orang Melayu di sana.Beliau telah berjaya mengambil tanah-tanah orang-orang Melayu dan memajukannya sebagai kawasan perumahan dan perindustrian (dalam geran ada nyatakan 30% jenis pekerjaan sekurangnya mestilah dari orang Melayu tapi mereka beri jawatan seperti pengawal keselamatan dan operator sahaja,jawatan penting dan teknikal yg bergaji RM3 ribu keatas semua dari Orang Cina kecuali melayu yang ada kepentingan bagi mereka itupun seorang dua saje).Oleh kerana harga rumah-rumah itu terlalu tinggi bagi orang Melayu,mereka tiada keupayaan langsung untuk memiliki rumah-rumah tersebut.Polisi ini tidak sahaja harus dilakukan di Pulau Pinang, tetapi juga di lain-lain tempat, banyak orang melayu pindah ke seberang Perai.Mereka takut kalau Pak Lah naik, dia akan pindah Pusat kerajaan Pulau Pinang dari Komtar ke Kepala batas,kerana orang Melayu banyak disana,nanti banyak kemudahan dan aset harta akan meningkat dan orang melayu akan dapat faedah.Mereka sedang mempercepatkan agar pusat kerajaan dibuat segera dibayan Bay,Sg Nibung supaya hasrat untuk berpindah ke Kepala batas dihauskan.
Tujuan kita ialah untuk menguasai segala kegiatan perdagangan yang berkaitan dengan bahan makanan,enjin,bank-bank serta pertanian.Alasan yang munasabah perlu dicari dan dikemukakan kepada kerajaan untuk menaikkan harga barang-barang keperluan harian.Inilah yang kita akan terus gunakan untuk mendapatkan kekuasaan politik di Malaysia.Oleh kerana kita telah kukuh di bidang Antarabangsa,kita mesti menganggap bahawa saluran penyebaran am yang ada pada kita.Setakat ini,dunia menganggap bahawa kerajaan Malaysia sekarang adalah anti Cina dan Pro-Melayu dan juga kita orang Cina ditindas.
Kita sekarang telah banyak di Pulau Pinang dan ini markas kita,kita mesti kerjasama dgn orang kita di Singapura,supaya satu hari Pulau pinang boleh jadi milik kita secara yang tak disedari, banyak anak-anak didik kita telah diserapkan dalam kerajaan Tempatan,walaupun dalam kerajaan negeri maseh dimonopoli oleh orang Melayu.Walau bagaimanapun,kebelakangan ini terdapat langkah-langkah yang diambil oleh elit-elit Melayu untuk mengubah gambaran ini dan menyuarakan apa yang sebenarnya berlaku.Kita sebaliknya mematahkan langkah-langkah itu sebelum ianya berjaya dilaksanakan.
Dalam bidang politik, orang-orang Cina haruslah bergembira dengan perpecahan demi perpecahan terlibat di kalangan orang-orang.Kita tenggelamkan semangat orang melayu untuk menghidupkan Persatuan melayu macam GPMS dll.Ini bahaya bagi kita,kita hiburkan pemimpin Melayu Negeri dengan apa yang dia mahu.Saya sebagai orang Cina,sangatlah bergembira untuk memberitahu anda bahawa salah satu sebab penyingkiran itu adalah jarum dan tindak-tanduk teman-teman kita Gerakan dan MCA di dalam Barisan Nasional dan DAP dari luar. Sekarang tibalah masanya untuk kita menanam perasaan benci di kalangan orang-orang Melayu terhadap pemimpin mereka.Kalau kita bijak menjalankan operasi kita,kita akan berjaya mengasingkan Perdana Menteri sekarang ini yang terlalu jujur menjadi seorang ahli politik.Kalau kita orang-orang Cina bersatu,kita berjaya memecah belahkan Dato' Sri Dr.Mahathir Mohammad dengan Dato' Sri Anwar Ibrahim,kumpulan Abdullah Ahmad Badawi dengan Kumpulan Najib Tun Razak.
Apabila British meninggalkan Malaysia,pemerintahan adalah di tangan beberapa orang Melayu pilihan.Kita ketahui bahawa pemimpin-pemimpin Melayu ini kiranya disukai oleh orang Melayu sendiri.Pada keseluruhannya, mereka adalah orang-orang miskin tetapi bernafsu besar.Kita berkeupayaan memberikan apa yang mereka mahu.Kita akan terus mendapat apa yang kita kehendaki dari mereka.Kemudian sesudah kita memberi mereka secukupnya,kita akan mendedahkan mereka ini.Kita akan meminta mereka supaya dilucutkan daripada jawatan-jawatan mereka.Kita tidak akan rugi apa-apa dengan pemecahan itu,malah menguntungkan orang-orang Cina.Pekerjaan ini mesti dijalankan dengan licin, supaya intelek-intelek Melayu tidak akan menyedarinya.
Setakat ini kawan-kawan kita di bidang perniagaan telah berjaya mengenepikan Dr Mahathir, Dr Abdul Rahman Yaakob dan semua pelampau-pelampau dalam UMNO termasuk juga sektor kerajaan.Kita orang-orang Cina harus bangga kerana orang-orang Melayu yang menerima rasuah ini telah diletakkan di badan-badan berkanun.
Di UDA kita telah mendapat keuntungan yang banyak walaupun orang kita nombor dua di situ. Mereka yang tidak mempunyai pandangan yang kuat akan terus sanggup menjual orang-orang dari bangsanya sendiri,kiranya mereka diberi apa yang mereka kehendaki dan kita pula hendaklah menggunakan kelemahan mereka ini untuk kepentingan diri kita.
Kita akan gagalkan mereka dengan Tentera Darat,Laut dan Udara.Kita akan terus gagalkan mereka dalam polis.Kita telah buktikan bahawa tanpa kita orang-orang Cina,mereka tidak akan mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan kegiatan Komunis.Kita juga perlu bekerjasama dengan pergerakan dibawah tanah kerana tujuan kita adalah sama iaitu menguasai Malaysia.Kepada kita,caranya tidak lain sama ada menerusi politik atau perjuangan bersenjata.Satu perkara lagi yang patut kita gunakan adalah kebencian yang ada pada orang-orang Melayu dengan Sultan-Sultan mereka.Kita mesti menguatkan lagi kebencian ini supaya apabila orang-orang Melayu tidak mempunyai kepercayaan terhadap Sultan-Sultan mereka,mereka akan hilang suatu symbol perpaduan dan kita dengan mudah sahaja dapat membawa mereka kepada kemusnahan mereka sendiri.
Untuk membuktikan apa yang saya katakan,sebagai seorang cina, kita tahu kerajaan Malaysia sekarang lemah.Kelemahan ini terbukti dengan kegagalan mengawal harga barang-barang keperluan. Kita boleh menurun mana-mana cukai dengan menurunnya harga buah oren menjelang Tahun Baru Cina,tetapi kerajaan tidak berbuat demikian apabila tiba Hari Raya orang-orang Melayu kerana saya tidak pernah ingat harga buah kurma diturunkan menjelang Hari Raya.Pemimpin-pemimpin Melayu bertujuan untuk menolong orang-orang Melayu dalam rancangan Malaysia ke-7.Kita orang-orang Cina harus menunjukkan sokongan kita terhadap rancangan ini kerana kita tahu mereka tidak akan mencapai matlamatnya.Di sebaliknya,apabila mereka tidak memajukan rancangan Felda, kita orang-orang Cina akan mendapat keuntungan melalui pembinaan jalan,pembinaan bangunan,pembinaan rumah-rumah,parit,pemotongan pokok,penyediaan tanah dan lain-lain .
Segala bentuk pembangunan akan membawa keuntungan kepada orang-orang Cina,yang juga bermakna kejayaan serta kekayaan orang-orang Cina akan bertambah.Sekarang ini saya percaya,orang-orang Cina sudahpun memegang 60% daripada kekayaan negeri ini termasuklah tanah.Sebaliknya orang-orang Melayu hanya memegang 3% berbanding 4% kepunyaan asing.Kita tidak boleh berpuas hati.Kita orang Cina hendaklah mendapatkan kekayaan orang-orang asing ini sebelum ianya jatuh ke tangan orang-orang Melayu.Taktik kita memberi saham kosong kepada orang-orang Melayu hendaklah disambung terus kepada orang-orang Melayu ini dan akan mengenepikan orang-orang Melayu lain daripada memasuki bidang kewangan terutamanya sebagai akauntan.
Di bidang pelajaran kita mesti mewujudkan Universiti Merdeka secepat mungkin.Kita mesti terus menghantar beribu-ribu anak-anak kita ke Hong Kong,Taiwan,Amerika atau di mana-mana di dunia ini.Apabila mereka pulang kita akan memasukkan mereka di sektor-sektor swasta yang mengandungi 80% daripada peluang pekerjaan.Oleh kerana keadaan ini,kerajaan sekarang ini yang pro-Melayu tidak akan berjaya menguasai keadaan pasaran.Petani-petani yang terdiri dari 75% orang-orang Melayu terus tidak bertanah.Nelayan akan tetap miskin oleh keranapegawai-pegawai kerajaan mereka sendiri sudah tidak bolehdipercayai lagi.Orang Cina harus menolong untuk memusnahkan segelintir pegawai-pegawai Melayu yang dedikasi dengan membawa mereka ke golongan kita.Kita dengan demikian diharapkan akan membuat mereka gagal dalam tujuan asal mereka.
Ini kita pastikan lakukan dengan usaha bersama antara sektor swasta atau kerajaan. Beberapa di kalangan Cina mungkin bertanya sama ada boleh atau tidak mengambil alih negara ini dengan pasukan tentera.Saya menjawab, mereka hanya general-general bodoh.
Lihatlah sahaja kelulusan mereka dan pengalaman mereka dan lihat pula apa yang berlaku di Indonesia.Di Indonesia mereka semua boleh dibeli.Jadi,setelah kita memegang kuasa politik,kita boleh ketepikan pasukan tentera ini.Kita orang-orang Cina mempunyai kebolehan untuk bermuka manis dan dipercayai oleh orang-orang Melayu dan kita harus memainkan peranan kita dengan baik.Kita akan terus bermanis muka dengan berkawan bersama mereka kerana waktu ini kita belum boleh menunjukkan niat dan belang kita yang sebenar.Contoh yang paling konkrit kita mengalami kekalahan teruk dalam peristiwa 13 Mei yang lalu.
Saya mempunyai hubungan dengan pihak atasan dan saya tahu apa yang ada di dalam otak mereka,dan apa yang difikirkan.Pada keseluruhannya,pemimpin-pemimpin sekarang sedang takut menemui pengundi mereka.Kita mesti mengumpulkan tenaga dan usaha mematahkan mereka dengan cara perlahan-lahan.Pada masa yang sama juga kita mesti perkuatkan dan mengenepikan risauan kesangsian orang-orang Melayu terhadap pemimpin-pemimpin mereka.Ini kerana terlalu jelas ketidakstabilan dan kemiskinan masyarakatnya.
Akhirnya diharapkan mereka ini tidak akan berminat untuk mengundi dan membiarkan takdir yang menentukannya. Kita akan membuat penentuan ke atas mereka dan masa depan mereka kerana orang-orang Cina akan menjadi pemimpin-pemimpin mereka itu.
Oleh Dr.Ng.Seng


Wednesday, March 08, 2006

: Mengapa begini :

Assalamualaikum Wbt.

Sahabat seiman, tanya diri anda adilkah kenyataan ini bagi Umat Islam?

Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya...
...tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas?

Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya...
...tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan?

Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah, dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya...
...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!"

Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan...
...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?

Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat...
...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna?

Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan... tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah, nama Islam turut diadili!
Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi...
...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya, dia dikenali sebagai seorang pengganas?

Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah dipertikaikan...
...tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya!

Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar...
...tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim?

Sampaikan jika berasakan ia baik untuk sahabat anda!

: Set Your Goals :

Bercakap sorang diri..gila apa?Kalau kita baca buku-buku untuk berjaya karangan penulis-penulis dari Barat, antara perkara yang ditekankan adalah, "SET YOUR GOALS"

Apa matlamat kita 5 tahun akan datang?
Apa matlamat kita bila anak sudah berumur 7 tahun?
Apa matlamat kita apabila sudah berumur 55 tahun?

Kenapa kita ditekankan pasal matlamat untuk berjaya? Jawapannya mudah, supaya minda kita berfikir dan bekerja ke arah matlamat tadi.

Kehidupan kita macam perjalanan di lebuh raya. Apa faedahnya kita menghabiskan duit tol dan minyak di Highway Plus kalau kita tak tahu apa hala tuju perjalanan tadi?

Mungkin orang ingat kita gila kalau kita bercakap sorang-sorang. Tetapi sebenarnya tidak. Kita kadang-kadang hanya tahu bercakap dengan orang lain. Tetapi lupa untuk berkomunikasi dengan diri sendiri.

Menulis matlamat-matlamat kita dalam diari adalah contoh bagaimana kita boleh berkomunikasi dengan diri sendiri. Menampal sasaran-sasaran besar dalam hidup di dinding bilik juga adalah cara untuk bercakap dengan diri sendiri.

Dalam Quran disebut, kira-kiranya bermaksud:

"Berdoalah kepadaKu dan Aku akan kabulkan."

Dalam ayat lain juga disebut:

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah nasib diri mereka sendiri."

Persoalan 1: Kenapa Allah suruh berdoa?
Doa adalah cara untuk berkomunikasi dengan diri sendiri. Minda kita mula fokus apabila kita menghayati doa-doa yang dibacakan. Lalu dipanjangkan dengan pengharapan dan tawakal kepada Allah.

"Ya Allah, jauhkan aku dari azab api neraka"

Kalau kita menghayati doa ini, secara automatik kita akan menjauhkan diri dari melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan kita masuk neraka. Lalu kita akan rajin bersolat dan melakukan ibadah lainnya.
Mana mungkin orang itu berdoa, lalu selepas itu pergi minum arak dan cari perempuan. Itu tandanya dia tidak menghayati doa yang dibacakan. Mindanya tidak terfokus untuk menjauhkan dirinya dari api neraka.

"Ya Allah, kau lembutkan hati sahabat aku agar dia kembali kepadaMu."
Doa tidak akan dikabulkan tanpa ada usaha dari pihak kita sendiri. Kalau kita pohon kepada Allah agar menjaga sahabat-sahabat kita agar tidak jauh terpesong dari Islam, maka pra-syarat terkabulnya doa itu tadi bermula apabila kita berusaha untuk memberi dakwah kepada mereka.
Muhammad b Abdullah berdoa pada malam peperangan Badar. Doanya panjang. Khusyuknya baginda tidak dapat digambarkan. Sahabat-sahabat ramai yang lihat. Lalu para sahabat lainnya sudah mendapat moral untuk menang. Minda Muhammad b Abdullah tidak pernah fikir untuk kalah. Pengharapan itu ditunjukkkan kepada para sahabat dan disandarkan pada Allah. Lalu Allah beri kemenangan dalam peperangan Badar.

Persoalan 2: Perubahan mesti datang dari dalam diri sendiri.
Muhammad b Abdullah berdoa dan sentiasa berusaha agar pakciknya, Abu Talib memeluk Islam. Tetapi tidak berjaya. Baginda bukan pemberi hidayah. Tetapi hidayah itu hak Allah. Dan Allah hanya akan beri hidayah itu kepada siapa yang mencarinya. Dalam hal ini, Abu Talib tidak mencari hidayah.

Berlainan dengan Umar al-Khattab. Nabi juga berdoa agar salah satu dari dua Umar masuk Islam. Umar al-Khattab terdetik apabila surah Thaha yang dibacakan oleh adiknya. Detikan hatinya sahaja tidak mencukupi,lalu Umar keluar mencari Nabi saw sendiri. Itulah usaha Umar al-Khattab dalam pencarian kebenaran. Akhirnya Umar memeluk Islam.
Dalam diri kita sebenarnya ada 'tembok' yang tidak boleh dilihat. Itulah tembok minda.
Tapi apabila kita berdoa, tembok itu akan pecah sedikit demi sedikit. Dan itu semua datang dari kita sendiri. Kita ini adalah apa yang kita fikirkan. Kalau fikir kita adalah 'loser' maka kita tidak akan jadi 'winner'.

Kita tidak akan berjaya dalam apa yang kita cari melainkan kita berusaha ke arah itu. Semua dari kita dilahirkan dalam keadaan tidak tahu berjalan. Tetapi kita tidak pernah jemu untuk terus belajar berjalan. Kenapa sikap sewaktu kecil ini kita lupakan apabila kita sudah besar?
Itulah kenapa kita digalakkan berdoa. Berdoa bukan tandanya kita lemah. Sebab kita tahu kita ada kemungkinan tidak dapat, maka barulah kita berdoa. Itu bukanlah konsep doa dalam Islam.

Doa adalah kekuatan umat Islam. Senjata umat Islam adalah doa. Orang yang tidak berdoa adalah orang yang sombong. Muhammad b Abdullah yang sudah pasti masuk syurga pun bangun bertahajud dan berdoa sehingga kakinya bengkak-bengkak.

Orang Israel yang bersenjatakan senjata canggih pun 'main sorok-sorok' bila berdepan dengan kanak-kanak dan remaja Palestin. Itu tandanya kekuatan tidak ada pada diri orang Yahudi. Mereka kelihatan kuat dari luar, tetapi sebenarnya tidak.

Umat Islam tidak lemah. Tetapi kita yang rasa diri kita lemah. Maka umat Islam terus dalam keadaan lemah. Cuba ubah persepsi yang umat Islam adalah umat yang kuat. Kalau semua dari kita berfikir begitu, maka kekuatan umat itu akan kembali semula.

Macam orang berniaga. Kalau dia fikir rugi..rugi...rugi... bagaimana untuk dapat untung?
Cuba fikir untung..untung..untung...sudah tentu akan dapat keuntungan.

Inilah cantiknya Islam. Konsep motivasi diri sudah diterapkan oleh Islam sekian lama.
Iaitu doa. Berdoa seharusnya diamalkan setiap masa. Paling kurang 5x dalam sehari.
Kalau sudah 5x sehari kita bercakap pada diri sendiri perkara-perkara yang baik dan yang kita impikan, adakah perkara itu akan jadi satu benda yang mustahil lagi dalam hidup? Kerana kita sudah berjaya mengatasi penghalang paling besar dalam hidup iaitu tembok minda.

Hayatilah doa yang kita baca dan doa tidak semestinya dalam bahasa Arab.

Konsep 'GOALS' yang diajar oleh pemikir Barat hanya berdasarkan konsep bercakap dengan minda manusia. Tetapi dengan panduan Islam, 'GOALS' itu berdasarkan komunikasi minda dan pengharapan yang tinggi kepada Allah yang Maha Berkuasa. Dan Allah tahu yang terbaik untuk diberikan kepada sekalian hambaNya yang berdoa.
Wallahua'lam.

Monday, March 06, 2006

Siri Musuh Islam: Islam Liberal (1)

Assalamualaikum. wbt.

27 Februari yang lalu, ana berkesempatan menghadiri satu pembentangan kertas kerja di sini yang bertajuk "Islam Liberal : Bahaya dan Implikasinya". Sepanjang pembentangan itu,hati ini merasa puas atas isi penyampaian sambil jauh dilubuk hati hasilnya perlu dikongsi bersama dengan sahabat-sahabat semua.Lewat keberadaan di Malaysia dahulu, ana pernah terbaca catatan jua artikel berkaitan fahaman ini, namun penyampaian secara lisan ini lebih baik lantaran peserta boleh mengajukan soalan berkaitan tajuk pembentangan.
Islam Liberal, satu bahana baru untuk umat Islam yang baru ingin mengenal agama ini. Malahan tidak keterlaluan jika ana mengatakan, mereka yang sudah lama Islam dan graduan 'Islamic Studies' juga boleh terjebak dalam menganut fahaman ini. Jika di sana ada ketidakpuashatian dan sikap mengambil ajaran Islam tidak secara total. Seperti yang dilontarkan oleh pembentang, fahaman ini sudah menguasai hampir sebahagian besar Indonesia.Untuk peringatan juga, ada dikalangan graduan timur tengah yang menjadi tulang belakang gerakan ini di sana.
Sahabat sekelian,
Islam Liberal ini bukan sebuah organisasi kemasyarakatan,bukan juga sebuah parti politik. Ianya bergerak melalui konsep jaringan, dan kerana itu jua ia di kenali sebagai Jaringan Islam Liberal (JIL).Menurut sumber dari laman web islam liberal sendiri, dengan cara jaringan inilah gagasan ini mampu disebarkan seluas-luasnya kepada masyarakat. JIL adalah wadah yang longgar untuk individu-individu yang memiliki aspirasi dan kepedulian terhadap gagasan ini.
Sebelum ana menulis lebih jauh, suka di sini ana memberi tafsiran, kenapa gagasan ini dinamakan Islam Liberal (ini bukan tafsiran peribadi tetapi dari sumber milik JIL sendiri).
Nama 'Islam liberal' menggambarkan prinsip-prinsip yang mereka anuti, iaitu Islam yang menekankan kebebasan individu (boleh diklafikasikan seperti kebebasan bersuara,kebebasan menulis) dan pembebasan dari struktur sosio-politik yang menindas. 'Liberal' di sini memberi dua makna :kebebasan dan pembebasan. Mereka percaya bahawa Islam kebiasaannya diberi kata sifat, kerana pada kenyataannya Islam ditafsirkan dengan penafsiran yang pelbagai berdasarkan kefahaman penafsirnya.Mereka mengatakan, lantaran itulah mereka memilih tafsiran Liberal kepada gagasan mereka ini.
Sahabat seiman sekelian,
Sebagaimana yang ana sebutkan diawal tadi, gagasan atau gerakan liberasasi terhadap pemikiran Islam ibarat api yang sedang marak akhir-akhir ini. Tidak keterlaluan jika ana katakan seperti yang disebut oleh pembentang kertas kerja ini, di Jakarta juga Indonesia sebahagian besarnya telah dijajahi oleh gerakan ini melalui JIL.Sebenarnya gerakan ini merupakan unsur luaran yang semakin menular ke dalam tradisi pemikiran Islam sendiri. Gerakan ini berakar dari trend pemikiran liberal di Barat dan tradisi agama Kristian.
Jika diamati secara mendalam,semuanya ini tidak lain hanya sebagai alat untuk mencapai tujuan politik iaitu Kebebasan atau Liberal adunan Barat.
Sekitar tahun 80-an, lalu muncul para pencetus pergerakan Islam Liberal antaranya seperti Leonard Binder.Sarjana Barat berketurunan Yahudi ini telah memerincikan agenda-agenda penting Islam Liberal dalam bukunya yang berjudul Islamic Liberalism A Critique of Development Ideologies. Bahkan 6 landasan JIL yang bakal ana perincikan kemudian, telah digariskan oleh Greg Barton sebagai dasar dakyah mereka.
# Menerusi JIL, bagi menyembunyikan hasrat sebenar, mereka menggunakan pelbagai istilah lain bagi mengaburi juga menarik minat penganut Islam.Untuk mengetahuinya, cuba sahabat-sahabat teliti ciri-ciri yang bakal ana tuliskan pada ruangan akan datang.

Friday, March 03, 2006

.: Nahnu Fidaaka Ya Rasulullah :.

Assalamualaikum semua..

Rasanya dah lama ana tak menulis di blog ini. Biasalah insan ini terkadang punya masa tetapi banyak perkara yang perlu di fikir dan dilakukan. Bak kat mujahid dakwah,as-syahid Hasan AlBanna, Daie ini mempunyai tanggungjawab lebih dari masa.Lebih-lebih lagi orang yang mengaji agama ini, setiap masa perlu diarahkan kepada tujuan yang satu,semata-mata untuk Islam.

Semalam 3 hb Mac, hari yang mempunyai makna yang besar untuk sekelian umat Islam. Dunia melihat hari itu sebagai hari tanda protes terhadap penghinaan keras Barat terhadap Islam.Walaupun hakikatnya kasih kita kepada Baginda sepanjang hayat,namun penamaan tarikh itu pada pandangan ana sebagai tanda kesatuan umat seluruhnya.

Masih basah luka dihati ana terhadap penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W (selawat ke atas baginda) yang dilakukan oleh tangan-tangan kartunis Denmark.
Masih segar di ingatan betapa angkuh kerajaan Denmark yang masih enggan memohon maaf atas perbuatan mereka, mempertahankan apa yang mereka gelar sebagai hak dan kebebasan.'Musy ma'ul' kata orang arab di sini(tak masuk akal). Ana melihat dari satu sisi, bahawa semua agama sudah maklum bahawa penghinaan terhadap kesucian satu-satu agama adalah dilarang,namun dari sisi lain, ana melihat tindakan Denmark ini seperti mencurah minyak tanah ke atas api yang sedang marak. Ana juga melihat tindakan ini bukan dari Denmark sahaja,malahan ia dalah rentetan dari usaha-usaha Barat sebelum ini.Bukan sekadar kepada Rasulullah S.A.W penghinaan ini semata, malah sebenarnya penghinaan ini ditujukan kepada seluruh umat yang beragama Islam. Setelah pembunuhan,rompakan juga beberapa siri keganasan di Palestin, Iraq, Afghanistan dan Ambon, mereka masih tidak merasa puas. Hasilnya mereka bertindak lebih dari itu, menghina nabi umat Islam seperti yang kita sama saksikan kini..

Semalam juga kita melihat,umat Islam diseluruh dunia bersatu menyatakan protes terhadap penghinaan-penghinaan kepada Rasulullah. Dalam masa yang sama ada juga yang menjadikan pena sebagai tanda sokongan. Impaknya cukup besar. Denmark dan Barat gerun dengan situasi ini. Sehingga ada dikalangan negara tersebut terpaksa merayu dihentikan pemboikotan terhadap barangan mereka.

Namun sahabat, di mana kita. Masih terlena....

Ana teringat satu kata kata daripada Rasulullah SAW yang menyebutkan "Tidak Beriman seorang mukmin itu sehinggalah ia mengasihi diriku lebih daripada dia mencintai anak2nya, hartanya dan seluruh manusia kesemuanya."

Ana teringat kisah Talhah Bin Ubaidillah, teringat pengorbanan Ziad Bin Sakan, Abu Dajanah, dan Ummu Nusaibah Binti Kaab disaat mereka menjadi perisai manusia yang gugur syahid hanya mempertahankan Rasulullah SAW disaat kegentingan Peristiwa Uhud di syawal tahun 3 Hijrah yang mashyur itu. Disaat mereka yang lemah imannya semua lari meninggalkan Rasulullah SAW dalam keadaaan terbuka menerima hujanan anak panah musuh di atas bukit, mereka ini tidak teragak agak menjadikan diri mereka korban.

Juga ana teringat bagaimana 'Ammarah Bin Ziad Al Sakan yang gugur syahid di atas pangkuan kaki Rasulullah SAW yang mulia itu. Mereka ini tahu, andai Rasulullah SAW mati dalam peperangan itu, Islam akan hancur kerana baru sahaja bertapak di bumi Madinah. Mereka lebih pentingkan Rasulullah berbanding nyawa mereka.Rupanya mereka lebih kasih kepada Rasulullah SAW berbanding diri kita. Mereka lebih ikhlas dan membuktikannya secara praktikal bahawa mereka sanggup mati untuk mempertahankan jasad Rasulullah.

Kita? tidak mungkin hingga ke tahap itu. Iman dan aqidah mereka jauh lebih mantap jika dibandingkan dengan diri kita.

Kita tidak ada peluang untuk mempertahankan jasad Rasulullah SAW yang kita cintai tetapi kita berpeluang bersama seluruh ummat Islam yang dipimpin oleh jamaah Islam untuk mempertahankan maruah Rasulullah SAW yang dihina oleh musuh2 Allah itu. Mungkin tindakan kita itu tidak sehebat tindakan para sahabat Rasulullah SAW itu. Dan ana yakin dengan kata2 Rasulullah SAW "Beruntunglah sesiapa yang mengasihiku disaat dia tidak dapat melihat jasadku dan hidup bersama sama denganku"

Kita mesti MEMPERTAHANKAN RASULULLAH SAW!!!!

Jadi bagaimana? ...Ayuh teman,kita bangkit atas nama Islam,mempertahankan baginda dan Islam. Kita perangi mereka dengan kelemahan utama mereka iaitu kebendaan,kerana asas kemajuan Barat adalah material. Kita ajar mereka yang berani menghina kita. Bak kata seorang sahabat jika seluruh umat Islam meludah ke bumi Denmark nescaya akan banjir bumi itu.Namun bukan itu tujuan kita.

Jangan tunggu lagi untuk kita memboikot barangan mereka. Lakukannya sekarang.Tanya diri kita, sanggupkah kita menghirup darah baginda? sanggupkah kita memakan daging baginda? Jika kita sayangkan Rasulullah S.A.W juga mengharapkan titisan Al-Kauthar dari tangan lembut Rasulullah S.A.W,mari bersama menyahut anjuran boikot ini.

#penulis bersama umat Islam yang sensitif terhadap penghinaan ini.
lihat barangan barat dalam :http://www.pmram.org/inpage/boycott/index.htm
.