}

*~berdakwahlah menegakkan kalimah suci walau hanya dengan menulis - adakalanya penulisan itu lebih tajam dari mata pedang."*~

Monday, February 20, 2006

Hayati dan aminkan doa ini.

Doa Imam besar Mekah sehingga menangis.. beliau telah ditangkap selepas selesai doa tersebut.. semoga Allah menetapkan Imannya dan sama-samalah kita meng Amin kannya, Insya Allah.. Terjemahan dari web master WebLadang.

Ya Allah, yang memiliki segala keAgongan dan kebesaran. Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Agong, Yang Maha Besar, Yang Maha Tinggi.

Kami memohon keagongan dan KekuasaanMu. Dan kemenangan bagi seluruh mujahidin yang berjuang pada jalanMu. Ya Allah, tetaplah di sebelah mereka dan bersama-sama mereka. Anugerahkanlah kejayaan dan perkukuhkanlah kedudukan mereka. Ya Allah, satukanlah wawasan mereka, fokuskanlah sasaran senjata mereka dan teguhkanlah kata-kata mereka, dan Ya Allah, cekalkanlah hati-hati mereka.

Ya Allah, uruskanlah dan musnahkanlah musuh mereka. Ya Allah, usirkanlah perhimpunan mereka, hancurkanlah integriti mereka, lemahkanlah kekuatan mereka, dan tanamkanlah ketakutan ke dalam hati mereka. Ya Allah, nasib kami di tanganMu, dan urusan kami akan dikembalikan kepadaMu, dan keadaan kami tidak terlindung dari pengetahuanMu, kepadaMu kami serahkan kesengsaraan kami, dan jiwa kami, dan kepadaMu kami mengadu, kepadaMu sahajalah kami mengadu tentang kekejaman mereka yang menindas, dan kekejaman Faajirin dan kemarahan mereka yang dikhianati oleh penjenayah.

Hanya kepadaMu Ya Allah, kami mengadu tentang kekejaman dendam Kristian, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan. Dendam golongan Atheis telah berterusan jauh.

Dan. Pemimpin penjenayah Ya Allah, (berhenti) Ya Allah, kirimkan kepada mereka tangan-tangan kebenaran… untuk mengangkat dengannya penghinaan kami, dan untuk mengembalikan kepada kamu penghormatan kami, dan untuk memusnahkan musuh kami dengannya, Ya Allah, (berhenti) Ya Allah, Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, Ya Allah, kirimkan kekuasaanMu menentang Amerika, pusat kekufuran dan fasaad, kirimkan kekuasaanMu menentang Amerika, pusat kekufuran dan fasad, Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, mereka menyebarkan fasaad di bumiMu.

Dan mereka membunuh hambaMu, dan mereka menghina agamaMu Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, dan diatas mereka segala kekuatan, Ya Allah, kirimkan kekuasaan menentang mereka, Ya Allah, kirimkan kekuasaan Kamu menentang mereka. Ya Allah, hantarkan kepada mereka rebut kaum ‘Aad, dan tangisan kaum Thamud, dan Taufan kaum Nuh, Ya Allah, hantarkan kepada mereka sesuatu yang diturunkan dari langit, dan dari apa yang keluar dari bumi, Ya Allah, Engkau pecah belahkan Negara mereka, Ya Allah, jadikanlah Negara mereka berpecahbelah dan pisahkanlah mereka, Ya Allah yang Maha Hidup dan Maha Berkuasa, Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hambaMu, Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hambaMu, Ya Allah, jadikanlah rebut taufan melanda mereka berterusan.

Ya Allah, Jadikanlah rebut taufan melanda mereka berterusan. (berhenti 30 saat)

Ya Allah, bebaskanlah saudara-saudara kami yang ditawan, Ya Allah bebaskanlah mereka, Ya Allah berikanlah kekuatan kepada mereka, Ya Allah, teguhkanlah keimanan mereka, Ya Allah, jadikanlah segala kemungkinan untuk mereka, Ya Allah, urusilah orang-orang yang menyiksa mereka.

Ya Allah, uruskanlah orang-orang yang menyeksa mereka, Ya Allah, hapuskanlah mereka dengan kuasaMu dan kekuasaanMu, Ya Allah, jadikanlah perancangan mereka menentang kami sebagai sebab kepada kehancuran mereka, dan kelicikan mereka sebagai kelicikan terhadap mereka. Ya Allah, Tuhan sekalian alam, Yang Maha Hidup Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Besar dan Yang Maha Pengasih, Yang Mendengar segala do’a, Yang terdekat, untuk menerima do’a, kami berdoa kepada-Mu, menyedari janji-janjiMu dan penerimaanMu.

Kerana Engkau telah berfirman dan kata-kataMu adalah benar : “ Mintalah kepadaKu, Aku akan menerima permintaanmu” Ya Allah, terimalah do’a kami, Ya Allah, terimalah do’a kami, Ya Allah, Yang Maha Kekal, Yang Maha Agong, Yang Maha Berkuasa di atas segala yang ada di langit dan bumi.

Kami memohon agar Engkau selamatkan al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, Ya Allah, selamatkanlah Al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, Ya Allah, bebaskanlah al-Aqsa daripada setiap kegelapan hati orang-orang kafir, Ya Allah,rehatkanlah kami dalam membebaskan Aqsa, dan kalahkan dendam Yahudi, Ya Tuhan Yang Maha Besar lagi Maha Pengasih, seluruh makhluk merendah diri kepadaMu, patuh,… Ya Allah, Pencipta kami dari satu Ruh, Ya Allah, Yang Maha Tinggi kedudukanMu, Ya Allah, yang mempunyai kekuatan yang Maha Kuat, kami memohon kepada keagongan Islam dan umat Islam. Ya Allah Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Ya Allah, lindungilah ulama’ yang bekerja keras, lindungilah ulama’ yang bekerja keras.

Dan teguhkah mereka yang ikhlas menyeru manusia pada jalan Mu, dan angkatlah kedudukan mereka yang menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan anugerahkanlah keampunan yang sama kepada umat Islam yang menyertai mereka, Ya Allah yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Ya Allah Yang Maha Besar Lagi Maha Pengasih. Ya Allah, dia yang menyerah diri untuk menghancurkan mereka, Yang bercakap untuk memburukkan kehormatan mereka, dan mencari tempat perlindungan mereka, dan mereka yang tidak Engkau berikan petunjuk, Ya Allah, jadikanlah kesengsaraan destinasi mereka, Ya Allah, tukarkanlah kesihatan mereka kepada kesakitan, dan kekuatan mereka kepada penyakit, dan kekayaan mereka kepada kemiskinan, dan kekuasaan mereka kepada kelemahan….

Saturday, February 18, 2006

Kenangan Hari Raya lalu.


Kenangan ketika Rumah Terbuka Johor sempena Hari Raya Idulfitri November 2005 lalu.
Penulis (tengah) bersama sahabat seperjuangan, Mustafa (muadalah MADEWA) dan Rauf (muadalah Ihsaniah).

Untukmu teman.

Bismillahirrahmanirrahim..

Teman,
Atas tautan ukhwah
Juga atas satu dasar yg kukuh
Nan Aqidah Muslim,
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..
Wahai temanku srikandi
Engkau sedia maklum,
Engkaulah hiasan dunia,
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu..

Wahai temanku pemuda
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
Seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yang diimpi,Seorang srikandi..

Wahai temanku srikandi
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi,ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangi juga ingin memanjai..
Dan aku juga tahu,
Temanmu pemuda juga begitu..
Tetapi temanku srikandi
Ketahuilah engkau,
Bercinta itu fitrah,
Tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah.
Kalau benar engkau mengasihinya,kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihinyaKeranaNya,
Engkau tak kan bisa,Melunakkan soutul mu
Engkau tidak kan bisa,Melemparkan panahan menggodamu,
Kerana engkau tahu,Itu bisa menggoyahkan iman seorang pemuda!
Dan engkau mengetahui,
Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa beraja,
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,Nafsu raja yg menggila!
Kerana engkau tahu sahabatku srikandi
Dia akan terjerumus ke dalam api yg membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila..
Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?

Wahai temanku pemuda
Andai engkau mencintainya,
Cintailah ia kerana Allah,
Letakkan lah Ia melebihi cintamu kepada dia,
Andai engkau mengasihinya keranaNya
Engkau tidakkan bisa,Mengajaknya bermukah di taman sepi,
Kerana engkau tahu,Dia punya 9 nafsu, 1 akal,
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?
Andai engkau mengasihinya keranaNya,Engkau tidakkan bisa menyentuhnya
Walaupun yang ringan-ringan,
Kerana engkau tahu,Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
Dan engkau tahu bukan ?Zina tempatnya di api yang marak menyala?
Apakah engkau benar mengasihinya,Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?

Sahabatku srikandi
Sahabatku pemuda
Aku mengasihimu kerana ALLAH,Lantaran itu,
Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku kerana ALLAH,
Manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta?Bercinta tidak salah,
Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yang hakiki
Dan engkau kan merasa cinta manusia ..Sedikit cuma..
Andai Dia yang engkau dahului,
Engkau takkan gelisah,Andai dia tidak mengirim sebarang sms,
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi didepan mata,
Engkau tidakkan rindu,Andai sehari tidak bersua,
Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa mengatakanI love you.
Kerana engkau percaya..DIA yg terbaik..
Lantaran DIA yg terbaik DIA akan menentukan yang terbaik untukmu,
Dan andai dia yg terbaik untukmu,DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN
Dan itulah yang terbaik buat kalian
Kalau ada jodoh tidak ke mana..
Yakinlah!Apakah benar engkau meyakini takdirNya?

Maafkan aku teman,
Bicaraku penuh ketegasan,
Aku tidak membencimu,
Tetapi aku membencimu mungkar itu,
Dan kerana aku takutkan api yang marak itu,
Aku menegur yang mana mampu,
Kerana aku takut,
Andai aku tidak menegurmu,Kita kan sama-sama meredah lautan api,,,
Yang terlalu pedih, yang terlalu seksa, yang terlalu AZAB!!!
Nauzubillah min zalik

Ayuhlah teman
Pagarilah imanmu
Agar si iman itu tidak terlepas
Cintailah IA,Kerana DIAlah penjaga iman kita..
Yakinlah dengan IA..Serahkan segalanya pada IA..
Kerana DIA tahu yg terbaik
Sedangkan kita tidak.
ALLAHualam.

Akhirul kalam
Letakkan si DIA dlm hatimu,
Engkau akan merinduiNYA
Andai harimu tiada ingatan kpdNYA
Engkau akan gelisah
Andai DIA tidak mendengar rintihanMu,
Engkau akan rindu
Andai DIA tidak memandangmu,
Engkau akan tak keruan
Andai doamu ditolak..
Dan itulah cinta hakiki..Kerana engkau yakin
Di sana adanya sebuah pertemuan di taman Syurga yg Indah..
Bercintalah kerana ALLAH..
Dan Engkau akan merasakan
Erti bercinta yang sebenar
Insya ALLAH!!

Lagi tentang IFC.

Isu berkaitan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) sering bermain difikiran penulis di kala ini. Situasi ini semakin diburukkan lagi dengan 'havoc'nya satu negara,Malaysia dengan beberapa isu Mahkamah Syariah yang seolah-olah usaha mempercepatkan lagi penubuhannya. Tiada jaminan khusus dari pihak kerajaan,berkaitan IFC. Ini kerana jawapan yang diberikan oleh Perdana Menteri hanya sekadar 'tangguh' bukan 'tidak'.Penulis sekadar ingin menyatakan di sini tuntutan-tuntutan sebenar IFC sekiranya penubuhan suruhanjaya ini yang menggoncang jiwa umat Islam Malaysia terlaksana.

Tuntutan-tuntutan IFC

1. Setiap anak yang lahir dalam keluarga Islam tidak secara otomatik Islam sehingga anak itu mencapai umur 18 tahun (umur yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan untuk bebas memilih agama)
2. Apabila seseorang itu mencapai umur 18 tahun,dia berhak memilih anutannya sendiri,dan mereka yang menghalang akan dikenakan tindakan undang-undang (walaupun ahli keluarga sendiri).
3. Perkataan Islam dibuang daripada kad pengenalan milik seorang yang beragama Islam.
4. Kes murtad atau tukar agama boleh di baca dan didengar di Mahkamah Sivil.
5. Semua agama selain Islam bebas mengajar kepercayaan mereka di sekolah-sekolah milik kerajaan.
6. Semua agama selain Islam dibenar menubuhkan persatuan agama masing-masing di sekolah-sekolah milik kerajaan.
7. Kitab bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu bebas disebar luaskan ke khalayak umum.
8. Seseorang yang murtad daripada Islam boleh mewarisi harta peninggalan ahli keluarga yang beragama Islam.
9. Kerajaan diminta menyediakan peruntukan khas kepada bukan Islam untuk tujuan pembinaan dan seliaan rumah ibadat mereka.
10. Semua agama selain Islam diberi hak membina rumah ibadat di mana-mana sahaja walaupun di atas tanah milik Islam.
11. Sebarang program Islam di media massa berkaitan agama lain mesti dihentikan seperti Al-Hidayah.
12. Semua agama diberi hak menyebar kepercayaan mereka di media massa.
13. Hak penjagaan anak diberi kepada orang bukan Islam,sekiranya salah seorang daripada keduanya memeluk Islam.
14. Orang bukan Islam tidak perlu memeluk agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Dalam masa yang sama, orang Islam boleh memeluk agama pasangan mereka.
15.Pembayaran zakat tidak mengecualikan orang Islam daripada membayar cukai pendapatan.
16.Hasil zakat perlu juga diberikan kepada orang bukan Islam.

Sewajarnya tuntutan-tuntutan ini mendapat perhatian dan tindakan seluruh Umat Islam Malaysia. Tanggungjawab kita untuk menghalang penubuhan suruhanjaya ini atau sebarang usaha-usaha ke arah itu. Tindakan yang telah dilakukan oleh NGO Islam sebelum ini yang mempertahankan Perkara 121 (1A) seharusnya dipuji dan disertai oleh seluruh rakyat beragama Islam. Islam itu tinggi tiada yang lebih tinggi dan mulia dari Islam.

Cerita berkaitan IFC.

Ibnuali said...

Sekali lagi usaha untuk menubuhkan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) mendapat tentangan daripada umat Islam. Usaha itu adalah kesinambungan untuk merealisasikan hasrat yang lama terpendam. Kali pertama cadangan itu dikemukakan kepada publik tahun 2003.Keengganan pertubuhan Islam menyertai kongres penubuhan IFC itu menunjukkan tentangan berterusan badan-badan dan juga institusi Islam negara ini ke atas cadangan berkenaan.

Cadangan itu mendapat tentangan hebat daripada pertubuhan Islam. Signal pemboikotan kepada persidangan itu oleh pertubuhan Islam menunjukkan perwujudan IFC itu tidak diterima dan ditentang. Semua badan Islam yang diundang bersama 24 pertubuhan lain tidak menghadirinya.Biarpun menteri kabinet sendiri (Dr. Rais Yatim) yang cuba membuka pintu kewarasan dan seolah memberi lampu hijau agar (umat Islam) turut sama berbincang atas alasan untuk mengetahui sedalam-dalamnya maksud penubuhan IFC, namun ia sama sekali tidak mempesonakan badan-badan Islam.Mereka (badan Islam) begitu komited dan yakin dengan pandangan mereka bahawa penubuhan IFC akan menjejaskan kesucian agama Islam. Nampaknya pihak berkenaan yang beriya-iya untuk mewujudkan institusi itu tidak berjaya menembusi kekebalan iman umat Islam!

Kita tidak tahu apakah manfaat dan keperluan untuk mewujudkan badan berkenaan dalam konteks beragama di negara ini. Apakah masalah dan kekeliruan yang timbul di kalangan agama-agama di negara ini sudah sampai ke tahap meruncing? Ke peringkat menggagalkan kemajuan duniawi negara ini sehinggakan perlu ‘badan perundingan’ berkenaan?Situasi ini kurang jelas dan dikelabui tanda tanya besar. Kerana kelangsungan kehidupan dan pembangunan negara selama ini di dalam keadaan baik. Pertikaian atau isu-isu agama tidak sampai ke peringkat yang boleh memecahkan perpaduan atau menggagalkan agenda pembangunan negara.Tidak tahulah kalau perkara ini berlaku secara senyap umpama api di dalam sekam dan ianya hanya ada dalam pengetahuan pihak yang merasakan keperluan IFC itu diwujudkan sahaja.

Kalau sekadar kerana kita bimbang Barat menganggap kita pengkalan pengganas dengan tidak wujud majlis seperti itu, (seperti mana di Barat) ia tidak memberi apa-apa manfaat. Kita tidak perlu menuruti kehendak Barat yang sudah pasti akan memberi keuntungan kepadanya.Yang jelasnya kebebasan beragama yang dipraktikkan di negara ini sudah cukup liberal dan terbuka. Perletakan Islam sebagai agama rasmi di dalam perlembagaan negara tidak sama sekali menghalang agama lain bergerak bebas. Hakikat dan rasional ini perlu difahami sedalam-dalamnya oleh semua pihak.

Dari segi pengembangan agama, kedudukan agama lain juga adalah sama rata dengan Islam meskipun dalam urusan perlembagaan agama lain berada diurutan di bawah. Namun hakikat sebenarnya kedudukan itu sama. Yang jelasnya kerajaan tidak sesekali menghalang pergerakan agama lain kecuali ianya melampau dan melintasi sempadan yang dibataskan seperti mana yang dicatat dalam kontrek sosial.Belum ada sekatan dilakukan ke atas mana-mana penganut agama untuk mengamalkan ajaran mereka. Malahan setengah agama secara terang mencabuli hak dan juga keistimewaan agama Islam.

Sebagai contohnya seperti dalam kes-kes murtad!Namun di dalam kes-kes murtad sering kali berlaku agama Islam ‘kalah’ dan tidak terlawan dengan agama lain. Ini semua ialah kerana kedudukan mereka yang dilindungi dan dijamin oleh perlembagaan di dalam Artikel 11.Justeru di dalam hal ini dirasakan keperluan perwujudan IFC bukan sangat demi membawa semangat seperti mana yang dikemukakan itu, namun ia ada mempunyai agenda lain tersembunyi. Jika dilihat dari sudut untung dan ruginya Islam ia adalah sebagai satu lagi jalan ke arah mengliberalkan pengamalan agama di negara ini di mana kesannya merugikan Islam.

Kebenaran membebaskan amalan beragama dan sikap terlalu toleransi atas kepentingan politik di negara ini dilihat tidak banyak menguntungkan agama Islam di negara ini?Dalam hubungan ini (IFC) itu amat merbahaya kepada kedudukan dan keistimewaan agama Islam. IFC akan menjadi ancaman kepada Islam di mana ia lama-kelamaan akan mengganggui urusan agama Islam menerusi bidang kuasa yang ada kepadanya.Pada masa itu kalau IFC bersuara atau memberi pandangan ia tidak mungkin boleh ditolak kerana kewujudannya diiktiraf oleh perlembagaan negara. Perlembagaan akan digunakan sebagai alasan dan benteng mempertahakan apa-apa yang bakal disuarakan oleh IFC atas maksud nasihat atau memberi pandangan.

Dalam konteks amalam dan tradisi negara ini, pada sesetengah bab, perlembagaan negara berada di makam lebih tinggi dan dihormati daripada kedudukan agama Islam sendiri.Dalam memahami kenapa kewujudan dan fungsi IFC sebegitu itu perlu ditolak ialah kerana untuk menjamin kesucian dan keagungan agama Islam. Dalam sudut agama (Islam) setiap hukuman yang ditetapkan itu ia tetap dan tidak boleh diubah meskipun kesannya bertentangan dengan naluri manusia.Sementara pandangan atau ‘hukum’ bakal dijatuhi oleh IFC kelak ia tentu lebih bersifat kemanusiaan yang berlandaskan kepada akal fikiran yang lemah.Komplikasi ini nanti timbul kebimbangan dengan wujudnya IFC – ia boleh menjejaskan undang-undang Islam.

Sudah tentu apabila IFC diwujudkan segala pertelingkahan/kekeliruan agama khasnya bersabit undang-undang akan dirujuk kepada IFC. Sebagai badan yang diiktiraf oleh kerajaan, IFC akan berada di atas daripada majlis/undang-undang agama.Selalu berlaku di negara kita sesuatu perkara yang melibatkan di antara kaum akan dirujuk kepada perlembagaan dan bukannya hukum agama walaupun hal itu terang-terangan melibatkan agama.Sebagai contoh, apabila Pas ingin melaksanakan hukum hudud seperti mana yang dijelaskan di dalam al-Quran, ia dipertikaikan kerana semangat hudud itu bertentangan dengan kehidupan masyarakat majmuk dan naluri manusia negara ini.Natijahnya undang-undang hudud Pas berkenaan (yang berlandaskan kepada Islam?) di pandang sepi dan terus disindir dengan pelbagai analogi yang tidak sepatutnya.Sementara itu di dalam konteks hari ini saya tidak nampak IFC berkepentingan menyelesaikan kekeliruan di antara agama yang ada. Tetapi ianya tampak lebih cenderung dan lebih terarah bagi menyelesaikan masalah penganut Islam dengan agama lain.

Ini kerana kebanyakan kekeliruan berhubung antara agama ianya banyak berlaku di antara agama Islam dengan agama-agama lain. Faktor ini berlaku kerana setiap undang-undang (hukum) di dalam Islam itu tetap dan tidak boleh diubah dengan apa juga cara sekalipun.Apabila IFC berfungsi nanti dan menjadi bahan rujukan untuk menyelesaikan apa-apa perkara, saat inilah nanti kedudukan Majlis Agama, Mufti, malahan Majlis Fatwa Kebangsaan akan berada di bawah ICM. Inilah yang dibimbangkan oleh aktivis dan pencinta Islam. Umat Islam tidak mahu kedudukan dan martabat institusi keagamaan yang sedia ada dapat dirubah atau dikuasai oleh badan berkenaan.

Justeru semua pihak dan khususnya pihak yang beriya mewujudkan badan itu perlu akur dan menyedari hakikat ini. Mereka tidak perlu mengusahakan IFC berlandaskan profesionalisme mereka semata-mata tanpa mengambil kira ketulenan dan keaslian kesucian Islam.Apa lagi sekadar memflagiatkan apa yang wujud di Barat atau sekadar untuk meng’upgred’kan standard negara ini dengan adanya IFC itu, ia tidak memberi apa-apa makna. Ia bukan sahaja tidak relevan tetapi bercanggah dengan prinsip Islam sebenar.Saya sama sekali tidak nampak perwujudan IFC itu akan meyelesaikan masalah agama yang timbul di antara agama di negara ini. Kalau keperluannya untuk menyelesaikan masalah tanggapan pengganas oleh Barat ia juga sangat naif dan dangkal sekali.

Kita merasa dukacita kepada beberapa individu yang mengakui penganut Islam tetapi tidak memahami kepentingan Islam sebagai ad-din. Malahan mereka juga nampaknya cuba membuka minda rakyat negara ini agar menerima cadangan berkenaan. Ini termasuklah Rais Yatim sendiri.Hal-hal polemik mengenai pewujudan IFC yang tidak ada guna itu sewajarnya juga ditutup dan usah memberi lowongan untuknya. Sebagai seorang menteri mendokong kerajaan ‘Islam Hadhari’, Rais mesti memahami prinsip Islam Hadhari secara luas berdasarkan prinsip al-Quran dan al-Hadith dan bukannya pertimbangan politik rencam dan akal.Barang kali di sinilah kebenaran dakwaan sesetengah pihak bahawa Islam Hadhari itu mengeliru dan menyesatkan kerana ia telah pun terbukti dengan pandangan Rais mengenai kepentingan IFC itu yang dibuat menerusi landasan Islam Hadhari. Rais secara isengan mengambil Islam Hadhari sebagai acuan untuk menyokong keperluan IFC itu!

10:42 PM

Apa itu Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan???

Assalamualaikum

Inilah yang dapat kita jawab jika berdebat dengan non-muslim atau orang Islam (jahil) tentang Artikel 121 (1A)

Apa itu Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan?

Artikel 121 (1A) adalah peruntukan perlembagaan yang menghalang Mahkamah Sivil mencampuri bidang kuasa mahkamah Syariah.

Adakah Artikel 121 (1A) wujud dari dahulu?

Tidak. Sebelum 1988, urusan-urusan mahkamah Syariah selalu diganggu oleh mahkamah Sivil. Apa yang telah diputuskan di Mahkamah Syariah dengan mudahnya dikacau oleh mahkamah Sivil. Hal ini sebenarnya mengganggu urusan orang Islam kerana orang Islam mempunyai hak dan kewajipan untuk dihukum di Mahkamah Syariah. Tokoh-tokoh seperti Allahyarham Tan Sri Ahmad Ibrahim telah berusaha lama untuk memastikan urusan Mahkamah Syariah bebas dan tidak diganggu oleh Mahkamah Sivil, dan hanya pada tahun 1988, peruntukan (1A) dimasukkan. Mahkamah Syariah mula ada kebebasan setelah 31 tahun Malaysia merdeka.

Kenapa perlu bagi ruang pada mahkamah Syariah?

Dari sudut sejarah, Mahkamah Syariah telah wujud sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi dengan wujudnya undang-undang seperti Undang-Undang Melaka. Semua negeri di Tanah Melayu mempunyai undang-undang Islamnya sendiri. Namun kewujudannya telah dikacau oleh penjajah sewaktu penjajahan mereka dan akhirnya mula Inggeris mula memperkenalkan undang-undang Common Law bermula dengan perjanjian Pangkor 1786, Piagam Keadilan 1807 dan piagam Keadilan 1824.Malah dalam satu kes, Ramah v Laton (1927) 6 FMSLR (CA) telah diputuskan: "Muslim law is not foreign law, it is the law of the land; and the local law is a matter of which the Court must take judicial notice. The Court must propound the law and it is not competent for the court to allow evidence to be led as to what is the local law."Ini bermaksud, undang-undang Islam itu adalah satu lex loci (law of the land), atau undang-undang sebenar di Tanah Melayu. Justeru, hak orang Islam sebenarnya telah mula dinafikan secara tersusun semenjak 1786 lagi, dan hanya pada 1988 barulah Mahkamah Syariah dapat bernafas semula.

Adakah Artikel 121 (1A) mengganggu hak orang bukan Islam?

Tidak. Sebenarnya ia memberi semula hak orang Islam yang telah lama dihilangkan walaupun undang-undang Islam adalah lex loci. Kewujudan mahkamah Syariah sebenarnya tidak langsung mengacau hak orang bukan Islam di Malaysia.Apakah impak Artikel 121 (1A) kalau ia digugurkan? Antara impaknya adalah orang Islam akan kehilangan hak. Ia tidak sama sekali mewujudkan keharmonian dalam negara kerana orang Islam adalah penduduk majoriti di Malaysia. Sedangkan kewujudan 121 (1A) tidak pernah menghilangkan hak orang bukan Islam. Selain itu, kedudukan mahkamah Syariah akan kembali mundur seperti sebelum tahun 1988, di mana Mahkamah Sivil boleh mencampuri bidang kuasa Mahkamah Sivil.

Apa salahnya orang Islam menuntut di Mahkamah Sivil? Bukankah wujudnya mahkamah Syariah menyusahkan sahaja?

Kalau begitu, saya ingin bertanya balik, "Apa salahnya orang bukan Islam hanya dibenarkan menuntut di Mahkamah Syariah? Bukankah wujudnya Mahkamah Sivil menyusahkan sahaja?" Itu hak kami. Kewajipan kami sebagai orang Islam, dihukum dengan undang-undang Islam.

Dalam kes Moorthy, apa sebenarnya yang berlaku?

Mohamad Abdullah atau M.Moorthy ini sebenarnya tidak pernah dipaksa memeluk Islam. Selepas kematiannya, JAWI menuntut agar mayatnya dikebumikan menurut upacara Islam. Keluarganya tidak berpuas hati dan ada pihak cuba mengambil kesempatan dari kelemahan perlaksanaan undang-undang ini dengan cuba menjadikannya satu isu diskriminasi dan kehilangan hak orang bukan Islam.Kalau lemahnya dari sudut perlaksanaan, seharusnya semua pihak berusaha agar kelemahan itu dibaiki. Bukannya bersikap, "Marahkan nyamuk, kelambu dibakar." Kita akui mahkamah Syariah masih belum sempurna, kita perlu satu mekanisma yang baik bagi membolehkan isu sebegini ditangani secara bijak.Tetapi kini, isunya sudah bertukar. Saya boleh sebut, kes Moorthy hanya dijadikan "sebab" untuk mereka yang telah lama memperjuangkan IFC (Inter Faith Councul) dan sekutu mereka. "They are playing the cards now".Mereka sengaja memainkan isu demi isu untuk melemahkan undang-undang Islam tanpa berfikir dan bertindak dengan baik bagi mengatasi masalah yang perlu ditangani secara rasional dan bukannya emosional.

Jadi, Artikel 121 (1A) bukan isu?

Tidak sama sekali. Ada pihak yang sedang memanipulasikan isu Moorthy agar ia kelihatan seperti isu Artikel 121 (1A), seterusnya mendesak ia dipinda. Saya percaya, sekiranya tuntutan mereka gagal kali ini, seperti IFC, mereka akan tunggu isu yang lain, dan mereka akan memanipulasikan isu tersebut untuk kepentingan mereka. Dan mereka bersuara di belakang slogan hak bukan Islam, hak minoriti dan sebagainya.

Apa yang terbaik sebenarnya?

Seperti yang disebut dari awal, Artikel 121 (1A) tidak pernah menganggu gugat hak orang bukan Islam. Ia cuma memberikan hak orang Islam dan mahkamah Syariah kembali kepada asal. Tetapi Artikel 121 (1A) tidak cukup. Ada banyak lagi perlu dibaiki untuk kebaikan bersama. Ini yang perlu dibincangkan. Bukannya menuntut sesuatu yang menyebabkan status Mahkamah Syariah mundur ke belakang.Justeru, kalaulah kes Moorthy itu isunya, maka fikirlah satu mekanisma lain yang membolehkan isu sebegitu dibaiki di masa depan, dan bukannya isu Moorthy tersebut dimanipulasikan untuk kepentingan pihak tertentu. Contohnya menetapkan, orang yang memeluk Islam perlu beritahu kepada keluarga. Tidak boleh sorok-sorok. Jabatan-Jabatan Agama Islam wajib membimbing dan menjaga kebajikan orang yang baru memeluk Islam. Dan isu seperti perwarisan harta yang boleh diatasi dengan baik. Dan sebagainya. Artikel 121 (1A) adalah satu peruntukan yang baik untuk keharmonian agama. Ia perlu dikekalkan dan perlaksanaannya perlu dibaiki dari masa ke masa.

Kata-kata akhir?

Sebenarnya, umat Islam yang sebenarnya banyak dinafikan hak mereka. Kita ada beberapa undang-undang yang menafikan orang Islam dari dihukum dengan peruntukan undang-undang Islam. Seperti Civil Law Act 1956, Courts of Judicature Act 1964, S.51 of Law Reform (Marriage & Divorce) Act 1976, Specific Relief Act 1950 dan beberapa akta lagi. Kita sedar, undang-undang ini perlu dipinda demi mengembalikan hak orang Islam. Dan usaha pembaikan itu perlu dilakukan secara baik agar tidak menjejaskan keharmonian kaum dan agama. Kita tidak pernah mendesak seperti mereka yang mahukan Artikel 121 (1A) ini dipinda yang secara jelas cuba menghina orang Islam dan kedudukan agama Islam di Malaysia. Hak minoriti dan bukan Islam sentiasa dipastikan agar ia tidak terganggu sebab itulah usaha membaiki undang-undang ini dibuat secara perlahan dan menerusi pendidikan.

Di mana iman kita?

(dari seorang sahabat)

IMAN SEMUT VS IMAN MANUSIA

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?" Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah". Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku> bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil.Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat.Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".

Mengemis Kasih.

Tuhan dulu pernah,
Aku menagih simpati,
Kepada manusia yang alpa jua buta,
Lalu terhimpitlah aku di lorong gelisah,
Luka hati yang kini kian parah.
Semalam sudah,
Sampai ke penghujungnya,
Kisah seribu duka kuharap sudah berlalu,
Tak ingin lagi kuulangi kembali,
Jejak dosa yang menghiris hati.
Tuhan dosaku menggunung tinggi,
Tapi rahmatMu melangit luas,
Harga selautan syukurku,
Hanyalah setitis nikmatMu di bumi.
Tuhan walau taubat,
Sering ku mungkir,
Namun pengampunanMu tak pernah bertepi.
Bila selangkah kurapat padaMu,
Seribu langkah kau rapat padaku.....

Karya mengusik hati

Andai hatiku mampu berkata-kata.....

Andai hatiku mampu berkata-kata.....

Dedikasi buat insan bernama sahabat...
Di bumi ini kita dipertemukan
Satu arah satu perjuangan
Satu aqidah satu matlamat
Asasnya terjalin ikatan
Ukhwah fillah tidakkan musnah
Walaupun badai di lautan kehidupan mendesak
Tautan erat tak mungkin terlerai
Bertemu berpisah
Hanya keranaNya semata
Redha Allah kita tagih
Moga kita akan dirahmati
Dengan niat yang suci
Bertemu kembali di negeri abadi
Demikian manisnya mahabbah murni
Limpahan kasih anugerah Ilahi
Terpancar cahaya menerangi hati
An-Nur dariMu Ya Rabbi
Lambaian kasih di bumi ini
Suburi dengan perjuangan hakiki
Bajai ia jangan dicemari
Redha Allah dipohoni,,,

Karya nukilan
.